Search This Blog
Tuesday, February 15, 2011
Disaat hati ini sedikit berdetar
Semalam merupakan hari yang agak menyedihkan bagi aku. Ini kerana sepanjang aku hidup ini tidak penah lagi rasa sesedih ini hanya kerana hati tertarik dengan mahluk ciptaan Allah yang satu ni.Ini adalah pertama kali dalam hubungan sesama hamba Allah yang menyebabkan hatiku ini rasa terhiris yang amat sangat. Bila hati ini buat pertama kalinya aku cuba memberi ruang untuk menerima insan yang bernama lelaki. Kisahnya bermula dari turutan peristiwa aku meninggalkan nota di kerreta yang sudah lama aku rasa geram dengan tuannya kerana sebelum aku mula parkir kereta aku di hujung alam itu.Ini kerana aku sudah lama perhati tempat tersebut tiada siapa pun yg parkir disitu.Aku pun mula parking disitu.Senang hati rasanya bila pulang lambat dari kerja dengan mudah aku parkir kereta.Tapi untuk beberapa seketika sahaja aku merasa nikmat tersebut. Telah sekian lama aku parkir di situ tiba-tiba ada sebuah kereta ini selalu ambil parkir tersebut. Yang menghairankan aku sebelum ini tiada siapa pun yang parkir di situ.Tapi selepas aku mulakan ada pula orang yang megambil tempat tersebut.Aku jadi sakit hati memandangkan aku terpaksa blok kereta lain bila balik dari kerja. Sudah lama aku pendam rasa marah terhadap tuan empunya kereta waja tersebut. Setelah sekian lama aku pendam rasa geram dan aku ingin tengok siapa empunya diri.Satu hari itu,aku nekad meninggalkan secebis nota di atas cermin keretanya.Kononnya untuk salam pengenalan tetapi sebenarnya aku hanya ingin melihat siapakah orang yg selalu berebut parkir tersebut dengan aku. tu la niat asalnya. Hari pertama berlalu tiada apa-apa 'respon' dari empunya kereta. Selang beberapa hari selepas itu, telefon aku berdering semasa aku tengah sibuk menyiapkan kerja.Aku lihat skrin nombor yang tidak dikenali.Tanpa berfikir panjang aku menjawab.Suara dari telefon bimbit tersebut dirasakan tidak sedap telinga aku dengar.Ada ke patut dia yang buat panggilan aku kena tanya nak bercakpa dengan siapa.Bila dia tanya boleh bercakap dengan deja yer deja bercakap.Tapi belum sempat aku bertanya siapa ini talian sudah dipotong.Sebentar kemudian pesanan ringkas masuk.Aku pelik memikir siapa yang telefon tadi kerana dia tahu nama aku.Bila aku buka mesagge tersebut maka terjawab la persoalan tersebut.Selepas itu ak mula berbalas 'message' dengan tuan empunya kereta tersebut.Ini kerana dia menghantar kembali nota yang aku tinggalkan di cermin kereta dia.Sesi berbalas 'message' itu aku teruskan. Bagi pendapat aku orang tersebut tersangat poyo.Tapi aku layan aje karenah nyer.best juga kerana lama sudah tidak berbalah dengan orang yang poyo. Tapi memang orang ini poyo dan perasan bagus wakakaaka......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment