Search This Blog
Tuesday, February 15, 2011
Cuti-cuti M'sia
Akhirnya tiba jua hari yang telah lama dinanti.Atiq,Anem,Abg. Man & Salmi datang ke Kuala Lumpur.Sudah lama kami merancang untuk bersuka ria di KL ni.Mereka bertolak pagi selepas subuh dari Kuala Kangsar..Aku begitu tidak sabar menunggu kedatangan mereka.Awal pagi lagi aku sudah bangun buat apa yang patut.Rasa begitu tidak sabar menunggu.AKu kemas rumah,basuh baju siap semua.Dalam pukul 8 pagi aku keluar untuk beli barang untuk dimasak.Mula-mula aku ke petronas jalan Gasing untuk keluarkan duit.Alhamdullilah gaji sudah dapat tidak la susah hati sangat nak keluar berjalan.Selepas itu aku ke Bukit Angkasa mencari bahan yang hendak dimasak.Semasa melalui Pantai Hill Park aku berhenti di spa sekejap,memandangkan Mix perlu dibelai. Aku hantar Mix menjalani rawatan sementara aku mengambil sarapan pagi di kedai yang berhampiran.Aku makan sebiji roti canai bersama air barli suam.Sedap juga roti canai disini.Aku tidak pernah cuba.Lain kali boleh sahaja makan disini tidak pening kepala memikirkan tempat untuk makan sarapan lagi.Setelah Mix segar aku pun meneruskan perjalananku ke matlamat asal iaitu membeli barang untuk dimasak.Aku bercadang untuk masak menu nasi ayam.Masakan yang paling mudah dan cepat disediakan.Lepas makan kami bergerak ke KLCC atas tujuan untuk masuk ke AQUARIA.MAcam rombongan MEk Deja je rasanya.Berbaloi juga bila masuk ke situ memandanglan ianya adalah yang pertama kali buat kami semua.Kami agak kagum dengan binatang yang ada di situ.Ada yg x penah dilihat.Aku tidak melepakan peluang untuk memegang binatang yang dibenarkan utnutk disentuh.Lebih kurang satu jam lebih kami pusing di situ.Apabila habis pusing sampai la ke kedai cenderahati.Kami ada juga belek beberapa cenderahati tapi tiada yang berkenan dihati ini. Di pintu keluar kami disapa oleh seorang jurujual yang sedang mempromosikan gambar yang diambil semasa di pintu masuk tadi.Wow agak menarik juga gambarnya.Kami bercadang untuk membelinya satu sahaja.Azim la yang jadi calon yang paling sesuai untuk menerima anugerah tersebut.Selepas itu kami bergrak menuju ke JALAN TAR kerana Anem ingin memborong tudung katanya.Sebaik tiba dia sana perut masing-masing sudah menyanyikan lagu keroncong bercampur rock mental.Penat berjalan akhirnya ke restoran insaf tempat untuk menghilangkan gian karaoke perut kami.Kami menjamu selera dengan lahapnya.Perut sudah kenyang apa lagi sambung la lagi menjelajah ke serata pelusuk JAlan TAR tu.Agak kelem kabut juga kerana kami mengejar masa untuk ke I-CITY.Sebelum itu kami akan melencong ke GOlf Club kerana Azim ada benda yang hendak diselesaikan sebelum pukul 12 tengah malam.Bagi mengelak benda tersebut tertangguh kami singgah dulu la.Hurm takut nanti da masuk ke I-City lambat pula keluarnya nantikan terkejar-kejar dibuatnya.Sakan la mereka yang baru pertama kali masuk ke I-City pesta cahaya.Aku sudah beberapa kali ke sana.Ada banyak juga perubahan yg berlaku. Usai berjalan mengelilingi I-City kami pergi makan. Sambil makan kami berbincang mengenai perancangan seterusnya.Aku dan Anem bercadang hendak meneruskan aktiviti kami ke Uptown Danau Kota di Setapak.Yang lain sudah mengalah memandangkan jam ditangan sudah menunjukkan pukul 12 tgh mlm. Oleh yang demikian kami berpecah di situ mengikut haluan masing.Aku bersama Anem meneruskan kembara kami ke Danau Kota.Selamat sesampai sahaja kami di sana dengan mudah kami dapat parkir kereta.Kami terus menapak dari satu gerai ke satu gerai.Banyak juga yang digapai memandangkan harga yang murah dan agak teruja.Aku tgk Anem begitu teruja.Huhuhuhu biasala pergi dengan org yg rajin berjalan memang begitu.Asalnya cuma ingin "window shopping " sahaja tetapi banyak juga yang dicapai. Jam ditangan sudah menunjukkan hampir pukul 4.Banyak juga gerai yang sudah berkemas untuk meninggalkan tapak jualan mereka.Maka kami dengan segera memaksa diri untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah aku menunggu masa untuk sembahyang subuh sebelum melelapkan mata.Selesai menunaikan solat subuh aku merebahkan diri.Masih ada masa lagi untuk aku lelapkan mata sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.....dalam jadual rombongan ke Rumah Mek Deja........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment