Search This Blog

Thursday, May 26, 2011

Kesibukan melanda

Hurm sudah lama tidak ku ku coretkan sesuatu dilaman ini kerana sejak kebelakangan ini sibuk.Tidak berkempatan untuk menconteng di sini.Pada 7hb Mei yang lalu aku bersama beberapa orang rakan berjaya mengadakan reunion di Port Dickson.Selama sebulan sebelum acara aku begitu sibuk membuat persediaan boleh dikatakan setiap minggu aku berkunjung ke rumah Lin Kecik.Sehingga adik dan suaminya telah mengenali aku dan Ewah.Selain itu adik aku Kalmani menjadi mangsa menjadi pemandu serta peneman tidak bergaji.Itu la nasib seorang adik.hahah nasib la......Banyak benda hendak diuruskan dari siapa yang hendak turut serta,penginapan,serta barangan keperluan lain.Penginapan sudah di serahkan kepada Mr .Black memandangkan beliau bekerja disana.Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Inspektor polis yang ketat jadualnya balck tetap menguruskan hal penginapan di sana.Minggu sebelum reunion, kami ke Pasaraya MYDIN di Subang Jaya untuk membeli barang-barang yang diperlukan.Begitu banyak barang yang dibeli sehingga memerlukan tiga troli.Ini pertama kali aku pergi membeli belah sebegitu.Seronok membeli-belah tiba masa untuk pulang tiba datang pula masalah.Ini kerana barang terlampau banyak tidak muat kereta yang kecil itu.Pening menyusun barang yang dibeli.Tetapi lagi pening dengan karenah kawan-kawan yang hendak menyertai reunion tersebut tidak dapat memberi kata putus samaada hendak menyertai atau tidak.Macam-macam ragam manusia ni kan.Padahal hal inin telah dihebahkan sudah hampir beberapa bulan agar mereka dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut bagi yang ingin menyertainya.Setakat ini sahajalah ingin aku coretkan setelah lama tidak berkunjung.Dilembaran yang akan datang Insyaallah jika diizinkanNYA akan aku sambaung cerita reunion yang menarik ini..................