Search This Blog
Tuesday, February 22, 2011
ALLAH sengaja menemukan kita
Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana ada hikmah disebaliknya.
Supaya kita dapat menjadi penilai yang baik, supaya kita sedar, bahawa kita
hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Dapat
kasih sayang yang terbaik,khas untuk kita agar kita sedar bahawa Allah
yang Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa manusia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan
kehidupan kita dimasa hadapan.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya
kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang
berpeluang untuk
mengalaminya
supaya kita menjadi manusia yang hebatnya dan faham bahawa cinta yang terbaik hanya bersama Allah.
Dan supaya kita lebih mengenal kehidupan yang tidak selamanya kekal. Dan
ingat bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok
kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan
Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Sesungguhnya Allah sentiasa untuk mendengar permintaan hamba-Nya
yang menadah tangan meminta dengan penuh dengan pengharapan hanya
hanya kepada-Nya
NUKILAN -SHA
Panjatkan doa kepadaNYA
Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh
lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Ketika kita
meminta rezeki, Allah berikan dengan limpahan rezeki. Dan
bila kita mohon kebaikan Allah berikan lebih banyak dari
yang dipinta. Cuma kerana kita tidak menyedari dan
menutup mata hati yang menyebabkan tidak menyedari
betapa besar kurniaanNya.
Doa-doa yang diminta mempunyai tiga tingkat.
Pertama- Doa meminta dunia, adalah doa yang terendah.
seperti meminta kekayaan harta benda, pangkat yang
tinggi, berjaya dalam bissness atau kerjaya, minta jodoh.
Ianya tidak salah, bahkan dianjurkan dan dapat pahala.
Kedua- adalah meminta pahala, yang mana kita meminta
agar Allah SWT membalas semua kebaikan yang telah
kita lakukan dengan balasan yang berlipat ganda. Dan
meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari
neraka. Doa seperti ini adalah doa untuk kebaikan akhirat.
Nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.
Ketiga- tingkat tertinggi dari doa adalah memohon rahmat
dan redha Allah. Inilah cita-cita yang perlu ada pada orang
Islam sebagaimana ungkapan Imam Ibnu Athaillah iaitu,
"Sebaik-baik doa yang perlu dipanjatkan kepada Allah,
adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."
Mohonlah doa dikuatkan iman, diberi ketaatan pada semua
perintah dan larangan, serta istiqamah dalam pengabdian.
Memohon redha Allah dan syurga juga berlindung kepada
Allah dari murkaNya dan api neraka. Ketika meminta redha
dari Allah, inilah yang paling bernilai kerana tiada gunanya
harta, pangkat, ketampanan, kecantikan, atau apapun bila
Allah tidak redha. Mohonlah agar menjadi seorang yang
bersyukur, sabar, tawakal dan yang memberi kabaikan.
Semuga Allah mempermudahkan jalanan hidup kita semua.
--
Duhai malam
Duhai malam...
kerinduan datang menyapa
menangis di dada malam
dalam pelukan rahmatNya
mencari kekasih di dinihari
Duhai malam...
yang sering bertafakkur
melambai cintaNya
merebahkan kerinduan
pada Yang Maha Esa
Duhai malam...
yang sering bertandang
ku sambut dengan sujud
mengharap nur dariNya
menerangi kegelapan ini
diiringi embun membawa
rahmatMu....
Nukilanrasa___sha 
Wednesday, February 16, 2011
Hati yg engkau lukai
Aku baru mulakan langkah untuk menyayangi seorang insan bernama lelaki tetapi baru dipermulaan aku dipermainkan oleh mereka.Ya ALLAH aku sebagai hambaMU yg kerdil memohonv agar ENGKAU tabahkan hambaMU ini.Hanya kepadaMU aku memohon dan bergantung harap.Aku sememangnya begitu sediih dan sakit hati terhadap insan yang bernama Si Polan bin si polan kerana tidak berterus-terang serta mempermainkan perasaan hati aku. Aku tidak menyalahkan perjalanan hidup ini yang menemukan aku dengannya tetapi aku merasa kecewa kerana dia tidak jujur terhadap hubungan ini.Ini kerana pada permulaan perkenalan kami aku acapkali bertanya status sebenar dirinya. Setiap kali soalan mengenai sebuah hubungan dia akan memberikan jawapan yang sama aku masih tidak berpunya dengan penuh yakin. bermula darii situ aku mula membuka ruang hati ini untuk mengenali dia dengan lebih mendalam lagi. Tetapii aku bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana belum sempat hati ini aku buka sepenuhnya untuk diisi olehnya aku dapat pertunjuk mengenainya.Walaupun aku agak sedih tetapi aku rasa sangat gembira kerana hubungan ini masih lagi diperikat awal masih lagi peringkat perkenalan.Alhamdullilah aku sangat-sangat bersyukur.ALLAH itu MAha mangetahui tiap-tiap sesuatu yang terbaik untuk hambaNYA.Aku tidak pernah mendoakan keburukan terhadap orang yang yang telah menyakiti aku.Biarla masa yang menentukan segalanya dan hanya ALLAH yang berhak menghukumnya.Aku sebangai HAMBANYA hanya mampu berdoa serta berihktiar agar hidup aku menjadi lebih bahagia daripada sebelum ini. Ini merupakan ketentuan yang telah diatur oleh ALLAH kepada aku hambaNYA yg kerdil ini.Aku menerima ujian ini sebagai liku-liku hidup yang memantangkan aku.Walau apapun terjadi aku masih Siti Khadijah Mohd Sejab yang tabah dan bisa meneruskan hidup walaupun hati ini telah dilukai.Aku hanya insan lemah yang tabah bisa mengharungi segala halangan dengan hati yang terbuka dan tabah dengan izin-NYA.Aku bukan perempuan yang lemah dan mudah menyerah kalah.Aku akan memainkan peranan mengikut rentak yang dia pilih.Tidak sesekali aku akan tunduk menyerah kalah terhadap dia.Jangan ingat aku ini senang untuk dipermainkan ataupun sebagai bahan untuk disandar sementara.Aku masih ada maruah serta harga diri.Tidak sesekali aku akan menyerah kalah begitu mudah terhadap lelaki ini.Sedikit pengajaran harus diberikan.Biar dirinya tahu menghargai perasaan orang lain serta menghormati padangan orang lain.Sebagai manuasia kita sering melakukan kesalahan.Oleh itu kita perlu kaji serta memperbaiki kesalahan itu.Aku doakan semoga ALLAH memberi pertunjuk serta hidayah kepada insan tersebut serta aku mendoakan kebahagiannya bersama orang yang menjadi pilihannya.Aku tidak akan berdendam tetapi hanya satu pintaku jangan lakukan perkara yang sama terhadap insan yang bergelar wanita.Ini kerana wanita merupakan antara mahkluk ALLAH yang istimewa serta unit.Ianya diciptakan bukan untuk disanjung tetapi untuk jadi pendamping yang dikasihi dan dihormati haknya.Itulah anugerah ALLAH yang terindah.........
Tuesday, February 15, 2011
Disaat hati ini sedikit berdetar
Semalam merupakan hari yang agak menyedihkan bagi aku. Ini kerana sepanjang aku hidup ini tidak penah lagi rasa sesedih ini hanya kerana hati tertarik dengan mahluk ciptaan Allah yang satu ni.Ini adalah pertama kali dalam hubungan sesama hamba Allah yang menyebabkan hatiku ini rasa terhiris yang amat sangat. Bila hati ini buat pertama kalinya aku cuba memberi ruang untuk menerima insan yang bernama lelaki. Kisahnya bermula dari turutan peristiwa aku meninggalkan nota di kerreta yang sudah lama aku rasa geram dengan tuannya kerana sebelum aku mula parkir kereta aku di hujung alam itu.Ini kerana aku sudah lama perhati tempat tersebut tiada siapa pun yg parkir disitu.Aku pun mula parking disitu.Senang hati rasanya bila pulang lambat dari kerja dengan mudah aku parkir kereta.Tapi untuk beberapa seketika sahaja aku merasa nikmat tersebut. Telah sekian lama aku parkir di situ tiba-tiba ada sebuah kereta ini selalu ambil parkir tersebut. Yang menghairankan aku sebelum ini tiada siapa pun yang parkir di situ.Tapi selepas aku mulakan ada pula orang yang megambil tempat tersebut.Aku jadi sakit hati memandangkan aku terpaksa blok kereta lain bila balik dari kerja. Sudah lama aku pendam rasa marah terhadap tuan empunya kereta waja tersebut. Setelah sekian lama aku pendam rasa geram dan aku ingin tengok siapa empunya diri.Satu hari itu,aku nekad meninggalkan secebis nota di atas cermin keretanya.Kononnya untuk salam pengenalan tetapi sebenarnya aku hanya ingin melihat siapakah orang yg selalu berebut parkir tersebut dengan aku. tu la niat asalnya. Hari pertama berlalu tiada apa-apa 'respon' dari empunya kereta. Selang beberapa hari selepas itu, telefon aku berdering semasa aku tengah sibuk menyiapkan kerja.Aku lihat skrin nombor yang tidak dikenali.Tanpa berfikir panjang aku menjawab.Suara dari telefon bimbit tersebut dirasakan tidak sedap telinga aku dengar.Ada ke patut dia yang buat panggilan aku kena tanya nak bercakpa dengan siapa.Bila dia tanya boleh bercakap dengan deja yer deja bercakap.Tapi belum sempat aku bertanya siapa ini talian sudah dipotong.Sebentar kemudian pesanan ringkas masuk.Aku pelik memikir siapa yang telefon tadi kerana dia tahu nama aku.Bila aku buka mesagge tersebut maka terjawab la persoalan tersebut.Selepas itu ak mula berbalas 'message' dengan tuan empunya kereta tersebut.Ini kerana dia menghantar kembali nota yang aku tinggalkan di cermin kereta dia.Sesi berbalas 'message' itu aku teruskan. Bagi pendapat aku orang tersebut tersangat poyo.Tapi aku layan aje karenah nyer.best juga kerana lama sudah tidak berbalah dengan orang yang poyo. Tapi memang orang ini poyo dan perasan bagus wakakaaka......
Cuti-cuti M'sia
Akhirnya tiba jua hari yang telah lama dinanti.Atiq,Anem,Abg. Man & Salmi datang ke Kuala Lumpur.Sudah lama kami merancang untuk bersuka ria di KL ni.Mereka bertolak pagi selepas subuh dari Kuala Kangsar..Aku begitu tidak sabar menunggu kedatangan mereka.Awal pagi lagi aku sudah bangun buat apa yang patut.Rasa begitu tidak sabar menunggu.AKu kemas rumah,basuh baju siap semua.Dalam pukul 8 pagi aku keluar untuk beli barang untuk dimasak.Mula-mula aku ke petronas jalan Gasing untuk keluarkan duit.Alhamdullilah gaji sudah dapat tidak la susah hati sangat nak keluar berjalan.Selepas itu aku ke Bukit Angkasa mencari bahan yang hendak dimasak.Semasa melalui Pantai Hill Park aku berhenti di spa sekejap,memandangkan Mix perlu dibelai. Aku hantar Mix menjalani rawatan sementara aku mengambil sarapan pagi di kedai yang berhampiran.Aku makan sebiji roti canai bersama air barli suam.Sedap juga roti canai disini.Aku tidak pernah cuba.Lain kali boleh sahaja makan disini tidak pening kepala memikirkan tempat untuk makan sarapan lagi.Setelah Mix segar aku pun meneruskan perjalananku ke matlamat asal iaitu membeli barang untuk dimasak.Aku bercadang untuk masak menu nasi ayam.Masakan yang paling mudah dan cepat disediakan.Lepas makan kami bergerak ke KLCC atas tujuan untuk masuk ke AQUARIA.MAcam rombongan MEk Deja je rasanya.Berbaloi juga bila masuk ke situ memandanglan ianya adalah yang pertama kali buat kami semua.Kami agak kagum dengan binatang yang ada di situ.Ada yg x penah dilihat.Aku tidak melepakan peluang untuk memegang binatang yang dibenarkan utnutk disentuh.Lebih kurang satu jam lebih kami pusing di situ.Apabila habis pusing sampai la ke kedai cenderahati.Kami ada juga belek beberapa cenderahati tapi tiada yang berkenan dihati ini. Di pintu keluar kami disapa oleh seorang jurujual yang sedang mempromosikan gambar yang diambil semasa di pintu masuk tadi.Wow agak menarik juga gambarnya.Kami bercadang untuk membelinya satu sahaja.Azim la yang jadi calon yang paling sesuai untuk menerima anugerah tersebut.Selepas itu kami bergrak menuju ke JALAN TAR kerana Anem ingin memborong tudung katanya.Sebaik tiba dia sana perut masing-masing sudah menyanyikan lagu keroncong bercampur rock mental.Penat berjalan akhirnya ke restoran insaf tempat untuk menghilangkan gian karaoke perut kami.Kami menjamu selera dengan lahapnya.Perut sudah kenyang apa lagi sambung la lagi menjelajah ke serata pelusuk JAlan TAR tu.Agak kelem kabut juga kerana kami mengejar masa untuk ke I-CITY.Sebelum itu kami akan melencong ke GOlf Club kerana Azim ada benda yang hendak diselesaikan sebelum pukul 12 tengah malam.Bagi mengelak benda tersebut tertangguh kami singgah dulu la.Hurm takut nanti da masuk ke I-City lambat pula keluarnya nantikan terkejar-kejar dibuatnya.Sakan la mereka yang baru pertama kali masuk ke I-City pesta cahaya.Aku sudah beberapa kali ke sana.Ada banyak juga perubahan yg berlaku. Usai berjalan mengelilingi I-City kami pergi makan. Sambil makan kami berbincang mengenai perancangan seterusnya.Aku dan Anem bercadang hendak meneruskan aktiviti kami ke Uptown Danau Kota di Setapak.Yang lain sudah mengalah memandangkan jam ditangan sudah menunjukkan pukul 12 tgh mlm. Oleh yang demikian kami berpecah di situ mengikut haluan masing.Aku bersama Anem meneruskan kembara kami ke Danau Kota.Selamat sesampai sahaja kami di sana dengan mudah kami dapat parkir kereta.Kami terus menapak dari satu gerai ke satu gerai.Banyak juga yang digapai memandangkan harga yang murah dan agak teruja.Aku tgk Anem begitu teruja.Huhuhuhu biasala pergi dengan org yg rajin berjalan memang begitu.Asalnya cuma ingin "window shopping " sahaja tetapi banyak juga yang dicapai. Jam ditangan sudah menunjukkan hampir pukul 4.Banyak juga gerai yang sudah berkemas untuk meninggalkan tapak jualan mereka.Maka kami dengan segera memaksa diri untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah aku menunggu masa untuk sembahyang subuh sebelum melelapkan mata.Selesai menunaikan solat subuh aku merebahkan diri.Masih ada masa lagi untuk aku lelapkan mata sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.....dalam jadual rombongan ke Rumah Mek Deja........
Subscribe to:
Posts (Atom)














