Search This Blog

Friday, May 4, 2012

Time bosan kt opis

Hhuhuhu dah bosan sangat ni kt opis. tak ada kerja nk buat .so aku update la blog yg lama telah di tinggalkan...bulan lepas aku pergi Pulau Pangkor. Ni antara gambo aku di sana







Wednesday, June 29, 2011

Kebersihan amat dititikberatkan oleh Islam

Islam begitu sempurna dari segala sudut.Salah satunya adalah menjaga kebersihan dari segi fizikal dan rohani.Di sini saya ingin bangkitkan isu kebersihan fizikal.Ramai diantara kita yang memandang ringan terhadap isu kebersihan.Ini bermula dari diri kita sendiri iaitu tubuh badan hatta keadaan sekeliling kita.Islam menekan kita membersihkan diri sebelum melakukan ibadah khusus.Selain dari itu kita digalakkan sentiasa berada dalam keadaan suci dari hadas setiap waktu.Ramai daripada kita terlepas pandang mengenai perkara ini serta menganggap perkara ini remeh.Ini dapat dilihat dari penampilan diri.Sebilangan dari kita menyimpan kuku yang panjang yang boleh menghalang dari air sampai ketika mengambil wuduk.Perlu diingat wuduk yang sempurna memberi efek kepada solat yang kita akan lakukan.Alasan yang selalu diberikan jika potong kuku terlalu rapat tidak lah cantik jadi tangannya dipandang.Adakah begitu penting atau berbaloikah cantik pada mata duniawi dari  kesempurnaan ibadah yang akan kita lakukan serta balasan yang akan kita dapat disana kelak.Kita selalu terlepas pandang terhadap perkara-perkara remeh ini.ALLAH Maha Pemurah dengan hambaNYA dengan memberi pahala kepada kita apabila kita memotong kuku.Bukankah itu antara perkara yang mudah untuk dilakukan malah mendapat ganjaran apabila kita lakukan.Malah telah dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan oleh pakar terdapat virus E-coli  apabila kuku kita simpan panjang...Walaupun pada dasarnya kita nampak kuku tersebut bersih tetapi jika tidak di cuci dengan betul  akan menyebabkan virus tertinggal dicelah kuku. Selain itu,berkuku pendek juga memudahkan kita sebagai umat Islam ketika mengambil wuduk @ mandi tanpa perlu rasa was-was samaada air sampai atau tidak dibawah kuku kita.Cuba bayangkan jika seorang ibu menyediakan makanan untuk anak-anak serta suami dengan kuku yang panjang itu.....Tidakkah ianya akan termasuk dalam kategori tidak bersih.Makanlah kamu dari makanan yang halal lagi suci.Semua  ini akan memberi efek terhadap kehidupan kita.Marila kita sama-sama berfikir sejenak serta cuba untuk megamalkan perkara yang dianggap remeh ini.

Thursday, June 16, 2011

Kesabaran itu indah

Aku sedang menonton filem The Pursuit of Happyness.Mengisahkan tentang kisah hidup seorang ayah yang begitu tabah menjalani hidup bersama anaknya.Pelbagai halangan yang melanda tetapi beliau tetap meneruskan hidup.Walaupun terpaksa bersusah payah.Hidup berpindah-randah dari kediaman yang selesa sehingga terpaksa berebut untuk mendapatkan bilik untuk bermalam.Begitu tabah mereka menjalani kehidupan ini walau apa pun yang terjadi beliau tidak berputus asa.Kehidupan tetap diteruskan.Tidak sekelumit rasa pun terbit untuk menghampa harapan seorang anak.Akhirnya beliau diterima bekerja dia syarikat kewangan sebagai broker setelah 3 bulan menjadi pelatih di syarikat tersebut.Beliau berjaya membina empire sendiri.Kesimpulannya kita sebagai hamba perlu berusaha keras tanpa rasa putus asa dan sebagai muslim jangan lupa untuk berdoa kepada Yang MAHA ESA.Ingat janji ALLAH itu pasti.Setiap yang berlaku ada hikmat NYA.hanya kita jarang nampak situasi itu kerana selalu menyalahkan apa yang terjadi kepada kita bukan memikirkan kenapa ALLAH dugaan kita begitu.Ingat dugaan yang kita hadapi adalah setimpal dengan kemampuan kita.Kita tidak diberatkan dengan apa yang tidak mampu kita tanggung.Coretan ini untuk mengingatkan diri sendiri serta harap dapat membuka minda mereka yang membacanya.Semoga ia dapat dijadikan ajakan untuk kita bersama-sama berjihad ke jalan yang diredhaiNYA.Amin......

Wednesday, June 1, 2011

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. 
Hasad dengki amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. 
Bakhil sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. 
Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. 
Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. 
Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. 
Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan 
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So...sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

 

Thursday, May 26, 2011

Kesibukan melanda

Hurm sudah lama tidak ku ku coretkan sesuatu dilaman ini kerana sejak kebelakangan ini sibuk.Tidak berkempatan untuk menconteng di sini.Pada 7hb Mei yang lalu aku bersama beberapa orang rakan berjaya mengadakan reunion di Port Dickson.Selama sebulan sebelum acara aku begitu sibuk membuat persediaan boleh dikatakan setiap minggu aku berkunjung ke rumah Lin Kecik.Sehingga adik dan suaminya telah mengenali aku dan Ewah.Selain itu adik aku Kalmani menjadi mangsa menjadi pemandu serta peneman tidak bergaji.Itu la nasib seorang adik.hahah nasib la......Banyak benda hendak diuruskan dari siapa yang hendak turut serta,penginapan,serta barangan keperluan lain.Penginapan sudah di serahkan kepada Mr .Black memandangkan beliau bekerja disana.Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Inspektor polis yang ketat jadualnya balck tetap menguruskan hal penginapan di sana.Minggu sebelum reunion, kami ke Pasaraya MYDIN di Subang Jaya untuk membeli barang-barang yang diperlukan.Begitu banyak barang yang dibeli sehingga memerlukan tiga troli.Ini pertama kali aku pergi membeli belah sebegitu.Seronok membeli-belah tiba masa untuk pulang tiba datang pula masalah.Ini kerana barang terlampau banyak tidak muat kereta yang kecil itu.Pening menyusun barang yang dibeli.Tetapi lagi pening dengan karenah kawan-kawan yang hendak menyertai reunion tersebut tidak dapat memberi kata putus samaada hendak menyertai atau tidak.Macam-macam ragam manusia ni kan.Padahal hal inin telah dihebahkan sudah hampir beberapa bulan agar mereka dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut bagi yang ingin menyertainya.Setakat ini sahajalah ingin aku coretkan setelah lama tidak berkunjung.Dilembaran yang akan datang Insyaallah jika diizinkanNYA akan aku sambaung cerita reunion yang menarik ini..................

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Semalam aku pergi tengok wayang di Mid Valley bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Production.Aku sudah lama menyimpan hasrat utnutk menonton filem tersebut dari ianya mula ditayang dipawangam.Memenadangkan masa yang tidak mengizinkan aku tangguhkan dahulu.Dahulukan yang utama.Semalam pergi menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama Sally serta tiga lagi adik-adiknya.
Walaupun  ceritanya agak berbeza dari sejarah langkasuka tetapi  jalan ceritanya amat menarik perhatian ku.Olahan serta teknik sentuhan Yusri Halim sungguh memberi impak kepada penonton.Aku begitu berbangga dengan bakat yang ditunjukkan oleh tiga beradik ini.Mereka sememangnya layak mendapat mendapat pengiktirafan serta pujian dari rakyat Malaysia atas usaha mereka dalam bidang seni.Setelah beberapa abad terlibat dalam dunia seni banyak perbezaan serta pembaharuan yang dibawa oleh mereka.Semasa menonton filem tersebut tidak terasa masa berlalu kerana ceritanya yang terlalu menarik dari segi grafik serta pembawakan watak oleh para pelakonnya.Watak utama Merong yang dilakonkan oleh Stephen Rahman amat meninggalkan kesan walaupun pertuturannya agak kepelatan.