Search This Blog
Wednesday, June 29, 2011
Kebersihan amat dititikberatkan oleh Islam
Islam begitu sempurna dari segala sudut.Salah satunya adalah menjaga kebersihan dari segi fizikal dan rohani.Di sini saya ingin bangkitkan isu kebersihan fizikal.Ramai diantara kita yang memandang ringan terhadap isu kebersihan.Ini bermula dari diri kita sendiri iaitu tubuh badan hatta keadaan sekeliling kita.Islam menekan kita membersihkan diri sebelum melakukan ibadah khusus.Selain dari itu kita digalakkan sentiasa berada dalam keadaan suci dari hadas setiap waktu.Ramai daripada kita terlepas pandang mengenai perkara ini serta menganggap perkara ini remeh.Ini dapat dilihat dari penampilan diri.Sebilangan dari kita menyimpan kuku yang panjang yang boleh menghalang dari air sampai ketika mengambil wuduk.Perlu diingat wuduk yang sempurna memberi efek kepada solat yang kita akan lakukan.Alasan yang selalu diberikan jika potong kuku terlalu rapat tidak lah cantik jadi tangannya dipandang.Adakah begitu penting atau berbaloikah cantik pada mata duniawi dari kesempurnaan ibadah yang akan kita lakukan serta balasan yang akan kita dapat disana kelak.Kita selalu terlepas pandang terhadap perkara-perkara remeh ini.ALLAH Maha Pemurah dengan hambaNYA dengan memberi pahala kepada kita apabila kita memotong kuku.Bukankah itu antara perkara yang mudah untuk dilakukan malah mendapat ganjaran apabila kita lakukan.Malah telah dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan oleh pakar terdapat virus E-coli apabila kuku kita simpan panjang...Walaupun pada dasarnya kita nampak kuku tersebut bersih tetapi jika tidak di cuci dengan betul akan menyebabkan virus tertinggal dicelah kuku. Selain itu,berkuku pendek juga memudahkan kita sebagai umat Islam ketika mengambil wuduk @ mandi tanpa perlu rasa was-was samaada air sampai atau tidak dibawah kuku kita.Cuba bayangkan jika seorang ibu menyediakan makanan untuk anak-anak serta suami dengan kuku yang panjang itu.....Tidakkah ianya akan termasuk dalam kategori tidak bersih.Makanlah kamu dari makanan yang halal lagi suci.Semua ini akan memberi efek terhadap kehidupan kita.Marila kita sama-sama berfikir sejenak serta cuba untuk megamalkan perkara yang dianggap remeh ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment