Search This Blog

Thursday, June 16, 2011

Kesabaran itu indah

Aku sedang menonton filem The Pursuit of Happyness.Mengisahkan tentang kisah hidup seorang ayah yang begitu tabah menjalani hidup bersama anaknya.Pelbagai halangan yang melanda tetapi beliau tetap meneruskan hidup.Walaupun terpaksa bersusah payah.Hidup berpindah-randah dari kediaman yang selesa sehingga terpaksa berebut untuk mendapatkan bilik untuk bermalam.Begitu tabah mereka menjalani kehidupan ini walau apa pun yang terjadi beliau tidak berputus asa.Kehidupan tetap diteruskan.Tidak sekelumit rasa pun terbit untuk menghampa harapan seorang anak.Akhirnya beliau diterima bekerja dia syarikat kewangan sebagai broker setelah 3 bulan menjadi pelatih di syarikat tersebut.Beliau berjaya membina empire sendiri.Kesimpulannya kita sebagai hamba perlu berusaha keras tanpa rasa putus asa dan sebagai muslim jangan lupa untuk berdoa kepada Yang MAHA ESA.Ingat janji ALLAH itu pasti.Setiap yang berlaku ada hikmat NYA.hanya kita jarang nampak situasi itu kerana selalu menyalahkan apa yang terjadi kepada kita bukan memikirkan kenapa ALLAH dugaan kita begitu.Ingat dugaan yang kita hadapi adalah setimpal dengan kemampuan kita.Kita tidak diberatkan dengan apa yang tidak mampu kita tanggung.Coretan ini untuk mengingatkan diri sendiri serta harap dapat membuka minda mereka yang membacanya.Semoga ia dapat dijadikan ajakan untuk kita bersama-sama berjihad ke jalan yang diredhaiNYA.Amin......

No comments:

Post a Comment