Search This Blog

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Semalam aku pergi tengok wayang di Mid Valley bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Production.Aku sudah lama menyimpan hasrat utnutk menonton filem tersebut dari ianya mula ditayang dipawangam.Memenadangkan masa yang tidak mengizinkan aku tangguhkan dahulu.Dahulukan yang utama.Semalam pergi menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama Sally serta tiga lagi adik-adiknya.
Walaupun  ceritanya agak berbeza dari sejarah langkasuka tetapi  jalan ceritanya amat menarik perhatian ku.Olahan serta teknik sentuhan Yusri Halim sungguh memberi impak kepada penonton.Aku begitu berbangga dengan bakat yang ditunjukkan oleh tiga beradik ini.Mereka sememangnya layak mendapat mendapat pengiktirafan serta pujian dari rakyat Malaysia atas usaha mereka dalam bidang seni.Setelah beberapa abad terlibat dalam dunia seni banyak perbezaan serta pembaharuan yang dibawa oleh mereka.Semasa menonton filem tersebut tidak terasa masa berlalu kerana ceritanya yang terlalu menarik dari segi grafik serta pembawakan watak oleh para pelakonnya.Watak utama Merong yang dilakonkan oleh Stephen Rahman amat meninggalkan kesan walaupun pertuturannya agak kepelatan.

1 comment: