Search This Blog

Tuesday, February 22, 2011

ALLAH sengaja menemukan kita

Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana ada hikmah disebaliknya.

Supaya kita dapat menjadi penilai yang baik, supaya kita sedar, bahawa kita 
hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Dapat
kasih sayang yang terbaik,khas untuk kita agar kita sedar bahawa Allah
yang Maha Pemurah dan Penyayang 
kerana mengingatkan kita bahawa manusia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan 
kehidupan kita dimasa hadapan.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan 
orang yang salah supaya 
kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang 
berpeluang untuk 
mengalaminya 
supaya kita menjadi manusia yang hebatnya dan faham 
bahawa cinta yang terbaik hanya bersama Allah.

Dan supaya kita lebih mengenal kehidupan yang tidak selamanya kekal. Dan 
ingat bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok 
kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan 
Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Sesungguhnya Allah sentiasa untuk mendengar permintaan hamba-Nya 
yang menadah tangan meminta dengan penuh dengan pengharapan hanya 
hanya kepada-Nya

NUKILAN -SHA

No comments:

Post a Comment