Search This Blog

Saturday, January 15, 2011

Setelah sekian lama tidak ketemu

Baru sebentar tadi aku jumpa kawan lama semasa belajar di uitm perak.Suraya dengan Nattrah.Su dtg bersama anaknya alya dan suaminya zul.Natt datang seorang diri kerana suaminya ada meeting di balai kerinchi.Hurm itu la org kerja polis nie asyik sibuk je memanjang.Kalau tidak natt pun sama je sibuknya.tak kerja kena standy 24 hours.tak ada masa nak bersosial.hurm aku masak sotong campur udang sambal,ikan kerisi masak pindang,sayur.Aku goreng ikan kerisi dengan udang cikit.Masak simple2 je.Kebetulan adik aku kalmani datang hantar kerata sampai time tengah hari.jadi aku ajak dia makan sekali teman zul sorang2.dia nie pemalu sikit.Ok la adik aku datang x la segan sgt dia.Hurm seronok betul jumpa kawan lama.Banyak juga kami borakkan sampai x igt.Biasala masing-masing da kahwin sibuk dengan hal rumah tangga je.aku juga yg belum kahwin lagi.hehehe belum ada  jodoh lagi.Aku rasa sgt gembira boleh jumpa mereka.Dah lama sangat aku x jumpa.Yg paling best tgk org makan masakan kite dengan sungguh berselara.Makan ramai-ramai memang best.Sedap sgt rasa walaupun aku masak x sedap sgt.heheeheh.Alya da pandai sembang dengan orang.Mula-mula dia  tak mahu dekat aku.tak kenal lagi kut.Lepas da main dua tiga kali dengan dia,dah ok ckit.mesra cikit da.Diam je alya.Tengah asyik makn2 ni tiba-tiba telephone natt berbunyi,Rupanya En.Suaminya sudah habis meeting minta dijemput.Selamat natt baru je sudah makan.Sebelum keluar dari rumah tidak sangka alya tegur natt tak bagi balik lagi.haaaa dia pun da pandai x bagi org balik.sedih rasa sebab baru sgt jumpa.Igt nk lepak lama cikit.nak buat macam mana masing-masing ada hal.Sue masih lepak lagi dengan aku.Rancak aku sembang dengan sue.Kesian zul sorang kerana adik aku da bergerak balik ke bt pahat lepas makan tadi.Dia keluar seiring dengan natt.hari macam nk hujan je.So dia balik awal cikit.Nanti takut tgh jalan basah pula/Lagipun sempat la dia nk hilangkan letih badan tu.Nak bagi dia stay dirumah pun housemate aku ada.Sekarang mereka pergi kerja so tak ada la kt rumah.Hurm lg pun rumah aku rumahanak dara mana bley nk bg dia stay.Kesian la plak dekat dia.Xsempat nak hilangkan penat da kena balik.Esok  tunggu adik aku dari krah plak dari kedah.Dia datang sini untuk kursus menjahit yg aku ambil dari epal.Aku buat pinjaman tekun untuk beli mesin embroidery computerized.Memandangkan dia sudah berhenti kerja,aku minta dia pergi kursus tu.Aku bayar semua .Dia cuma perlu pergi ke kelas tu setiap hari.Aku harap perlaburan ini berbaloi dan dapat mengubah corak hidup kami.Aku perlu berusaha lebih keras untuk mencari pelanggan.Aku lebih fokus kepada embroidery dari menerima tempahan pakain.Aku ingin jadi specialist dalam bidang embroidery ini.Selain dari itu aku juga tengah mencari aksessori yang agak sesuai untuk dijual.Selain itu,aku ingin mengendalikan butik secara dalam talian dibawah label kd's collection.Insyaallah aku akan berusaha keras untuk sampai ke tahap itu.Aku ingin menjadi penyedia perkhidmatan secara dalam talian yg tersohor di rantau ini mungkin dalam masa 5@1o tahun lagi.Insyaallah.Aku hanya mampu berusaha dan terus berdoa.Agar doaku  ini dimakbulkan Allah.Selain itu,aku berharap dapat kerja sendiri.Sudah rasa penat bekerja makan gaji.Aku tahu bukan mudah untuk memulakannya.Lagi susah untuk maintain.So aku kena kerja keras dari sekarang.Timba segala ilmu yang diperlukan semasa aku masih lagi berkhidmat dgn org.Jangan disia-siakan peluang yang ada ini.Segala selok-belok perniagaan.macam mana nk cari pelanggan dan yang penting macam mana nak maintain.Apa yang penting service mesti bagus.Selain itu,PR amat penting dalam menjalankan perniagaan.Tidak kisah  apa yang anda lakukan PR mesti terbaik.huuhuhu harap impian aku yang ini akan menjadi kenyataan.Insyaallah.Ameen.

1 comment: