Search This Blog

Wednesday, January 12, 2011

Ikan @ ayam konflik identiti

Semalam aku bawa krah p makan dekat kg baru sempena meraikan hari lahir mizs sally.aku bawa dia pergi makan di kedai yg selalu  kami kunjung.Lama juga tidak menjengah kg baru tu sejak Nov'10.Kalau tidak tidak setiap malam mesti turn kg baru makan.Lepas kerje sahaja aku terus balik,ambek sally dekat rumah dia@pun kt bangsar terus menuju kg baru.Cik Sri macam biasa tunggu di sogo kerana pejabatnya berdekatan situ saja.Macam biasa la kg baru memang terkenal dengan makanan yg sedap.Tpi yg tidak menyenangkan ialah tempat untuk parkir kereta.Itu la salah satu sebab kenapa aku malas nak pergi sana.Hurm sebab itu juga la aku stop  berkunjung ke sana.Lepas pusing hampir 2 kali baru dapat parkir.Parkir sudah dapat pergi kedai makan tempat pula tak ada.Jenguk punya jenguk ade meja kosong kt penjuru  tu.Satu meja kecil.Ok duduk la duduk.yang pentingnye da ada tempat duduk.Lepas tu tunggu pelayan datang ambek order tak sampai-sampai.Lepas tu cik Sri la panggil suruh pelayan tu dtg ambil pesanan.Masa makan tu,ada sorang mamat nie baskin kt depan kedai tu sambil main gitar.Selama suara sedap.Tapi bila sudah terlampau lama rasa macam bingit la pula telinga nie.Sudah makan kami jalan menuju ke tmepat parkir kereta.Ada kedai jual ikan.kami berhenti sekejap.Belek punya belek,tanya itu ini akhirnya aku tergoda dengan ikan laga tu.Lama pula nk pilih yg mana satu.Nak warna merah ke warna biru.Akhirnya aku memilih warna biru dan mizs sally beli warna merah.Hurm aku nama kan ikan tu AYAM.hurm ayam yg boleh berenang.Pertama kali dalam hidup aku bela binatang.Rasa sangat seronok.Sebelum beredar aku sempat tengok binatang lain yg ada disitu.aku berkenan sgt tgk landak dri autralia kalau x salah aku.Sempat lagi aku interview tuan punya landak tu.aku berkenan sgt.Ianya sgt comel.Menurut penjualnye kalau nk bela kena bela sepasang.Cara penjagaannya pun senang.Harga pun tidak tidak lamahal sgt.Kebetulan landak betina tersebut tengah bunting.Selain itu,mengikut cakap penjual tersebut jangka hayat untuk landak hidup dalam masa lebih kurang 7 tahun.Agak lama juga.Sepasanglandak tersebut lebih kurang rm300 termasuk sangkar.Harga ok.tapi aku takut nanti aku bela mati plak.Kesian si landak tu.Ok la balik kepada Ayam.Senang saja nk jaga.bagi makan tiga biji setiap hari.Jangan lebih nanti mati sebab terlebih makan.Aku cuba bela seekor dulu.Nanti kalau ok aku beli lagi sekor lagi sebagai teman.sekarang ayam still single.Bila aku rasa okey aku akan kawen kan ayam tu.Tunggu la bila tiba masanya nanti.Ok ayam sayang hidup dgn aman yer.jangan la ada konflik identiti pula.Ayam nie cuma pandai berenang tiadak pandai berkokok.Heheheheee .I love AYAM.huhuhu tapi aku alergik ayam .haahaha

1 comment:

  1. ehem2...bela ikan laga kee atau dh jatuh hati dgn ayam jiran sebelah umah wkakakkakaka..Kantoi!!! kikikiki

    ReplyDelete