Search This Blog
Friday, January 21, 2011
Hari yg x terduga
Hari nie adalah cuti umum semperna hari Wesak bagi beberapa buah negeri. Bila sudah cuti otak nie ligat la mencari idea ape yang hendak dibuat.Pagi ni kebetulan lepas subuh adik aku menyuarakan hasratnya untuk pulang ke kampung.Aku agak terkejut dan tidak menyangka dia akan berbuat demikian.Ok la aku kata siap la nanti kak hamtar pergi stesen bas.Selamatla stesen bas dekat sahaja dengan rumah,di stesen keretapi lama Kuala Lumpur sahaja.Aku pun dengan segera bersiap untuk hantar dia..Peli ksungguh adik aku tu,katanya bas awal ke butterworth pukul 10 pagi tapi kelam kabut hendak keluar awal.Katanya takut tidak sempat sampai nanti jalan KL kan sesak.Hurm dia baru lagi di sini.Lagipun masa aku hantar dia hari itu,pada hari bekerja.Jalan memang sesak.Tapi aku ikut kan sahaja kehendak dia.Tapi saja aku lengah-lengah kan masa.Dia memaksa aku agar keluar lebih awal.Ok la aku turut kehendaknya.Belum pukul 9 pagi aku sudah keluar.Serupa saja cuti dengan tidak cuti kerana aku keluar rumah awal juga.Keluar saja jalan begitu lengang kerana hari masih awal dan semua orang cuti.Sesampai sahaja di stesen KL kami terus menuju ke kaunter tiket Nice.Tiket paling awal ke butterworth pukul 10.Tapi ke Penang pukul 9.15.aku pun tanya la harga tiket ke Penang berapa? Cik cantik manis penjaga kaunter bagi tahu RM75.Hah terkejut aku jauh beza harganya.Ini kerana bus tersebut bus eksekutif lengkap televison di setiap tempat duduk.Tempat duduk yang selesa.Patut la ramai sahaja warga asing yang menaiki bas tersebut.Kalau harga serupa itu baik aku balik sekali naik kereta sahaja.Lagi murah dan aku pun sama boleh balik kampung.Hahaaaha.Sementara menunggu pukul 10,kami sempat pergi sarapan di kedai mamak yang berhampiran.Hanya ada satu kedai sahaja,Tiada pilihan.Kedai mamak pun kedai mamak la.Aku sebenarnya kurang gemar makan di kedai mamak.Kami pesan roti canai seorang sebiji.Itu pun tidak dapat dihabiskan.Sambil makan tu,adalah kami berbual sedikit hal-hal peribadi.It secret.Selepas adik aku naik bas aku pun bergerak pulang ke rumah.Tetapi destinasi aku tersasar kerana aku ingin mengeluarkan wang dari bank.Duit sudah dikeluarkan,aku tengok MIX agak hilang serinya oleh itu aku bawa MIX ke Spa di Pantai Hill Park untuk mendapat rawatan.Semasa MIX dibelai aku pula begitu sibuk mencari mangsa untuk di ajak keluar.Aku rasa malas untuk duduk di rumah seorang diri.Aku sms kawan aku yg seorang ni,,memandangkan semalam dia mengajak aku keluar tonton wayang tidak berbalas.kemudian aku membuat panggilan,begitu juga tidak berjawab.Biasala masa cuti begini bagi sesetengah orang adlah masa rehat yang mana mereka hendak menqadho tidur.Biarkan lah.Masalahnya aku tidak boleh berguling di tempat tidur begitu lama walaupun pada hari cuti.Kecuali aku terlampau letih ataupun badan rasa terlalu tidak sihat.Aku pun mencari mangsa kedua.....Keputusannya tetap sama.Tidak berjawab.Akhirnya aku mencari mangsa yang ketiga syukur dia menjawab panggilan telefon ku.Aku tanpa berlengah mengajaknya keluar selepas MIX selesai menjalani rawatanya.Semasa aku masih dalam perjalanan ke rumah mangsa yang ketiga ini ada seorang kawan lama telefon aku bertanyakan khabar berita.Selain itu menetapkan temu janji pada hari Selasa minggu depanOpss tidak dapat dipenuhi kerana hari tersebut adalah hari bekerja saya.Dia lain la bekerja sendiri,apapun tidak menjadi masalah buatnya.Aku menolak dengan baik.Sudah lama tidak ketemu dan sudah lama tidak menghubungi ku tiba-tiba muncul semula di saat aku tengah mencari jawaban dari seseorang.Hurm ini lah dikatankan dugaan.Macam manalah rupanya dia sekarang.Agak lama juga tidak berjumpa setelah aku pindah tempat kerja di Seri Iskandar.Hampir 3 tahun lebih kalau pengiraan aku betul.Rindu juga ingin berjumpa dan macam mana rupanya.Banyak juga kenangan bersama yang tidak dapat dilupakan.Baiklah balik kepada mangsa yang ketiga ini.Aku sampai sahaja dirumahnya terus aku menyuruh dia bersolek kerana dia seorang yang paling lambat siap jika hendak keluar rumah. Adoi penat aku tunggu kalau hendak keluar dengannya.Dalam masa menunggu dia siap aku sempat lagi bergelak-ketawa dengan kakak iparnya yang tinggal serumah.Sebenarnya dia hanya mempunyai seorang kakak ipar sahaja kerana Alongnya seorang sahaja yang telah berkahwin.Wakaaakaka.....Sambil menunggu kami berbincang tempat yang hendak dituju.Akhirnya kami sepakat hendak melawat IKEA.Matlamat asalnya hendak pergi menziarahi sahabatku di Shah Alam untuk menjengah bayinya.Malangnya dia di kampung katanya cuti sehingga hari Ahad.Ini untuk kesekelian kalinya aku tidak dapat berjumoa dengannya.Jadi kata sepakat yang diambil adlah IKEA.Kali terakhir ke sana jika tidak silap adalah semasa bulan Jul tahun lepas atau dua tahun lepas.Itu disebabkan aku iingin membeli meja untuk digunakan sebagai tempat untuk mengukur kain yang hendak dijahit.agak lama jugs tidak melawat.Rasanya setahun hanya sekali lawatan dibuat ke situ.ahaaah macam lagu raya la pulak.Pergi pada asalnya ingin melawat sahaja tanpa membeli barang.Tetapi apabila sampai di sana segala bagai datang merasuk.Memandangkan aku hanya ada sebuah kerusi maka aku berhajat mencari pasangan untuk kerusi tersebut.Maka aku mendapatkan pasangan untuk Si Blacky di rumah.Aku mengambil Beechy sebagai teman Blacky.Bila sudah sampai di situ peluang untuk menerobos ke segenap ceruk tidak dilepaskan.Belek punya belek aku nampak kepingan cermin yang murah harganya untuk dijadikan hisan di rumahku.Aku pun mecapai cermin tersebut tanpa berfikir panjang.Aku memang sudah lama berhajat hendak mencari kepingan cermin sebegitu.Apalagi terus aku mencari tempat letaknya.Aku sudah dapat dua barang yang hendak dibeli serta beberapa lagi barang keperluan yang lain.Selesai membuat pembayaran kami menuju ke kereta untuk menyimpan barang yg dibeli memandangkan teroli tidak boleh dibawa ke dalam bilik pameran.Sepelas itu kami terus menuju ke 'food court' untuk menjamah sedikit makanan sebagai santapan tengahari.Alamak barisan masih panjang sepertimana kami sampai tadi.Ianya agak susut sedikit dari tadi.tetapi masih panjang.Memandangkan perut terasa lapar kami pun turut beratur.Dalam pada mereka beratur aku mundar mandir mencari tempat kosong.Aku meninjau ke hujung sana alhamdullilah ada kosong.Aku pun bertenggek di situ menunggu mereka.KAmi membuat gilaran untuk beratur.Bertukar ganti kerana penat menunggu giliran tiba.Akhirnya tiba giliran kami.Sesudah hampir setengah jem kami beratur.Selamat berbaloi dengan penat menunggu apabila makanan yang dipesan tidak menghampakan.Kami mencuba beberapa menu disitu.Memang sedap dan berbaloi.Patut la ramai yang tidak kisah beratur panjang untuk makan disitu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment